Penafian

PENAFIAN
Sebelum anda terus menyusuri laman blog ini, anda dikehendaki untuk membaca keseluruhan penafian bagi blog ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Sila rujuk pada baris-baris penafian di bawah :

  1. Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap semua komen yang diberikan di bahagian komen. Segala komen yang dibuat hendaklah bersopan serta tidak berbau politik serta serangan peribadi. Komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
  2. Semua gambar yang berada di dalam blog ini adalah hak milik Blog Cikgu Mael sendiri yang telah disumbangkan. Maka jika anda mahu menggunakan gambar dari blog ini anda hendaklah mendapatkan kebenaran dari pihak blog supaya tidak berlaku kecurian hak cipta terpelihara.
Sekian, terima kasih.

Saturday 12 May 2012

Sukatan BM - kssr

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul;
ii. mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul;
iii. mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat;
iv. mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat;
v. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;
vi. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi diksi, kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;
vii. bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; dan
viii. berbicara untuk menyampaikan maklumat tantang sesuatu perkara dengan tepat dengan menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.
1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap sesuatu arahan
secara lisan atau gerak laku dengan betul.
1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bertumpu.
1.3.3 Mendengar, memahami pesanan dan memberikan respons secara gerak laku yang betul.
1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.
1.4.1 Bertutur menggunakan diksi yang betul secara bertatasusila.
1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan dengan tepat bagi ahli keluarga asas dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan untuk melakukan sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal.
1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan betul menggunakan ayat tunggal.
1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.
1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat dengan tepat daripada pelbagai sumber
secara bertatasusila.
1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
1.6.3 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

Objektif Kemahiran Membaca
Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
i. membaca pelbagai perkataan, frasa, dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;
ii. membaca dan memahami perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul;
iii. membaca ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul;
iv. membaca dengan sebutan, intonasi dan jeda mengikut tanda baca dengan betul;
v. membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan untuk mengenal pasti idea utama dan membuat klasifikasi dengan betul;
vi. membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul dan memindahkan kepada bentuk bukan grafik; dan
vii. membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata dan menambah pengetahuan.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.
2.4.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dalam pelbagai bahan dengan tepat.
2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada pelbagai bahan bacaan untuk membuat klasifikasi dengan betul.
2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada pelbagai bahan.
2.5 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.
2.5.1 Membaca dan memahami maklumat dalam bahan grafik dengan betul.
2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul.
2.5.3 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat daripada bahan grafik kepada bentuk bukan grafik dengan betul.
2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.
2.6.1 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata.
2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk menambahkan pengetahuan.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS

Objektif Kemahiran Menulis

Objektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
i. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;
ii. menulis secara mekanis bentuk huruf dan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas;
iii. menulis perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul;
iv. menulis secara mekanis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas;
v. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
vi. menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan ejaan yang tepat;
vii. mencatat maklumat daripada pelbagai sumber dengan betul untuk diklasifikasikan;
viii. menulis untuk menyampaikan maklumat yang tepat menggunakan bahasa yang santun;
ix. menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara terkawal dengan betul; dan
x. mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan.


KEMAHIRAN MENULIS

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Asas menulis dengan cara yang betul.
3.1.1 Melakar pelbagai bentuk atau corak dengan kemas dan jelas.
3.1.2 Membentuk garisan yang menyerupai bentuk huruf dengan kemas dan jelas.
3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang
diberi dengan betul dan kemas.
3.2.1 Menulis dan membentuk huruf besar dan huruf kecil dengan cara yang betul serta tulisan yang kemas.
3.2.2 Menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.
3.2.3 Menulis suku kata tertutup dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.
3.2.4 Menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong , vokal bergading, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas.
3.2.5 Menulis frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas.
3.2.6 Menulis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas.
3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul.
3.3.1 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan kemas
3.3.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul.
3.3.3 Membina dan menulis frasa dengan betul.
3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.
3.4 Menulis imlak dengan tepat.
3.4.1 Menulis imlak perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat.
3.4.2 Menulis imlak frasa yang mengandungi perkataan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat.
3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber.
3.5.1 Mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai sumber.
3.5.2 Mencatat maklumat yang betul untuk diklasifikasikan daripada pelbagai sumber.
3.6 Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun.
3.6.1 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul berdasarkan bahan yang diberi dengan menggunakan bahasa yang santun.
3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang pelbagai dengan betul menggunakan bahasa yang santun.
3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul.
3.7.1 Menghasilkan penulisan berbentuk naratif secara terkawal dengan betul.
3.7.2 Menghasilkan penulisan naratif dan bukan naratif secara terkawal dengan betul.
3.8 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
3.8.1 Mengedit hasil penulisan daripada aspek ejaan.
3.8.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan.


STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN  ASPEK SENI BAHASA

Objektif Aspek Seni Bahasa

Objektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
i. menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur;
ii. mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur;
iii. mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara didik hibur; dan
iv. melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.

ASPEK SENI BAHASA

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
4.1.1 Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
4.1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.
4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur.
4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui penceritaan secara didik hibur.
4.2.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.
4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur.
4.3.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.
4.4.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur.
4.4.2 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul serta memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN  ASPEK TATABAHASA

Objektif Aspek Tatabahasa

Objektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
i. memahami dan menggunakan kata nama am, nama khas, kata ganti nama diri pertama dan kedua serta kata kerja dengan betul;
ii. memahami dan menggunakan kata adjektif warna dan kata hubung dengan betul;
iii. memahami dan menggunakan kata tanya merujuk manusia dan benda dengan betul;
iv. menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul; dan
v. memahami dan membina ayat dasar dengan pola FN + FN , dan FN + FK dengan betul.

ASPEK TATABAHASA

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am yang mudah dengan betul mengikut konteks.
5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama khas yang mudah dengan betul mengikut konteks.
5.1.3 Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua dalam pelbagai konteks dengan betul.
5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja dengan betul mengikut konteks.
5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif warna dengan betul mengikut konteks.
5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung yang mudah dengan betul mengikut konteks.
5.1.7 Memahami dan menggunakan kata tanya merujuk manusia dan benda dengan betul.
5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul.
5.2.1 Memahami dan menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul dalam pelbagai konteks.
5.3 Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi.
5.3.1 Memahami dan membina ayat dasar menggunakan pola ayat FN + FN, FN + FK dengan betul dalam pelbagai situasi.

Sukatan BM - kbsr

PENDAHULUAN
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersamaoleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan .
Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa inimembolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid.
1.               Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum.Terdapat enam dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran untuk panduan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. HuraianSukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun, iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.


MATLAMAT
Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.

OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat:
i. mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan   dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;
ii. bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;
iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;
iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;
v. memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya     pembelajaran berterusan;
vi. memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis; vii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;
viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;
ix. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan
x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan cinta akan negara.

ORGANISASI KANDUNGAN
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

Kemahiran Mendengar
Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti , memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.

Kemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Kemahiran Membaca
Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Kemahiran Menulis
Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan
konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik.

Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, Hasil Pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, Hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatanyang berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapatmembantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Selain itu, Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran danpenilaian pencapaian murid.

Sistem Bahasa
Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah.

Pengisian Kurikulum
Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani.

I. Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran Mendengar dan Bertutur merupakan keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebih mencabar. Semua perbualan harus mengambil kira aspek sosiobudaya dan tatasusila untuk menjamin kesejahteraan hubungan. Hasil Pembelajaran bagi Kemahiran Mendengar dan Bertutur ialah berbual, bercerita, menyampaikan maklumat, dan berbincang.

1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.
1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.
1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.
1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.
1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca , atau dialami
2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat.

3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan berkesan
3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
3.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan.
3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang.

4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila
4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat , dan tersusun.
4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.
4.3 Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu pendirian dengan memberikan alasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang  terancang.
4.4 Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolakpandangan dan pendapat dalam perundingan bagimencapai kata sepakat.

II. Kemahiran Membaca
Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca bahanastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betuldan lancar serta memahami bahan yang dibaca. Penekanan diberikankepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan keefisienan membaca. Hasil Pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah membaca kuat, memahami maklumat , menaakul , dan menghayati teks.

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks
6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasukmaklumat daripada internet.
6.2 Mengenal pasti pelbagai genre penulisan.
6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.
6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh.
6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.
6.6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberi dalam bahan ilmu.

7.0 Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks yang dibaca
7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.
7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada  bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca.
7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca.

III. Kemahiran Menulis
Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan. Hasil pembelajaran bagi Kemahiran Menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif, dan membuat ulasan.

8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas.
8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.
8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan bagi sesebuah karangan.
8.6 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan.

9.0 Mencatat dan menyusun maklumat
9.1 Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan.
9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.
9.3 Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca secara
kohesif.

10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.
10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca.

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca
11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.
11.2 Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana, nilai dan pengajaran.
11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.
11.4 Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan oleh pihak lain.

SISTEM BAHASA
Sistem Bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.Penerangan ringkas bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.

1.0 Tatabahasa
Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.

1.1 Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan , dan penggandaan.

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut:

a. Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi
i. kata asli bahasa Melayu
ii. kata pinjaman bahasa Melayu

b. Bentuk kata
i. kata tunggal
ii. kata terbitan
iii. kata majmuk
iv. kata ganda

Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah:
i. pengimbuhan
ii. penggandaan
iii. pemajmukan

Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat kompleks ialah sistem imbuhan  bahasa Melayu. Oleh itu, penekanan hendaklah diberi kepada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna.

c. Golongan kata
i. kata nama
ii. kata kerja
iii. kata adjektif
iv. kata tugas

1.2 Sintaksis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur , dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut :

a. unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat,
b. jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan,
c. ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif,
d. susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang,
e. binaan dan proses penerbitan ayat:
i. ayat dasar
ii. ayat tunggal
iii. ayat terbitan atau ayat majmuk, dan
f. aspek tanda baca

2.0 Sistem Ejaan
Perkara yang diberi penekanan ialah:
i. pola keselarasan huruf vokal
ii. ejaan kata pinjaman
iii. ejaan kata dasar dan kata terbitan

3.0 Sebutan dan Intonasi
Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan sesuatu makna dengan tepat. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.
i. Sebutan
Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.
ii. Intonasi
Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut:

a. Jenis ayat
i. ayat penyata
ii. ayat tanya
iii. ayat seruan
iv. ayat perintah

b. Susunan ayat
i ayat biasa
ii. ayat songsang

c. Ragam ayat
i ayat aktif
ii. ayat pasif

Nota:
* Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Edisi 1993 ialah buku tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
* Buku Daftar Ejaan Rumi dan Jawi Edisi 2001 ialah buku panduan ejaan yang menjadi rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.0 Kosa kata
Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembang selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah rendah.

5.0 Peribahasa
Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan , kata-kata hikmat , dan bahasa kiasan perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia.

PENGISIAN KURIKULUM
Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu ilmu daripada pelbagai bidang ilmu,nilai,kewarganegaraan , peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran secara konstruktivisme, dan kontekstual.

1.0 Ilmu
Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin . Contohnya ilmu dalam bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Nilai
Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia ialah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi.

3.0 Kewarganegaraan
Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.

4.0 Peraturan Sosiobudaya
Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa , dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia.

5.0 Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan dengan itu,kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual.Penjelasan tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan di bawah.

5.1 Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.Kemahiran berfikir , sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.

5.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.

5.3 Kemahiran Belajar Cara Belajar
Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

5.4 Kajian Masa Depan
Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

5.5 Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logikmatematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

5.6 Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.

5.7 Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal danberfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

Wednesday 2 May 2012

Ayat Penyata / Tanya / Seruan / Perintah

Ayat Penyata / Tanya / Seruan / Perintah

1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.
3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).
4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna.
Contoh :
subjek
predikat

1. Afendi
2. Kakak
3. Ibrahim
4. Zulkfli
5. Ayam itu

guru
menyapu sampah.
bermain bola sepak.
Minum teh
asyik berkokok.

Ragam Ayat
1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
                        (a) ayat penyata;
                        (b) ayat tanya;
                        (c) ayat perintah;
                        (d) ayat seruan.
2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut:
     (a) Ayat penyata
1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
            Contohnya:
                        i.  Kakak sedang menyiram bunga.
                        ii. Lembu itu akan dijual.
Budak-budak itu bermain di tepi longkang.
       
     (b) Ayat tanya
1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
            a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
            b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Contohnya
i.  Berapakah harga kasut itu?
ii.  Sudahkah adik minum susu?
iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?
Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?
(c) Ayat perintah
1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
2. Ayat perintah terbahagi kepada
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan
Contohnya:
a. Ayat Suruhan
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
            Turunlah dari sini sekarang juga.
Cuci kasut kamu. (suruhan)
b. Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
            Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)
c. Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh : Jangan minum air itu.
            Usahlah menangis lagi.
Jangan petik bungs itu.(Iarangan)
d. Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
            Jemputlah menikmati
Datanglah ke rumah saya. (silaan)
(d) Ayat seruan
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )
3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Contohnya:
i.                     Amboi, cantiknya baju kamu!
ii.                   Aduh, sakitnya perut aku!
Oh, dia sudah pergi ke sekolah !
2 Ayat Aktif dan Ayat Pasif
1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi. dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.
2.         Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……
(a)        tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua. Contohnya:
            i. Bola itu saya tendang.
            ii. Borang itu perlu anda isi.
(b)        berawalan di dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga. Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.
3. Ayat pasif terdiri daripada:
(a)        ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b)        ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c)        ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di, diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
4.         Keduadua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.
Contohnya:
Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Pertama

(a) Saya mencuci kasut sekolah.
(b) Kita menerima keputusan itu.
(c) Aku akan memetik bunga itu.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu.

(a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Keputusan itu kita terima.
(c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Jadual itu sudah kami susun.

Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Kedua

(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu.

(a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kereta itu perlu kamu baiki.

Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Ketiga

(a) Mereka mengecat bangunan.
(b) Baginda meminta rakyat supaya
bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai
supaya beratur.
(d) Dia sedang menjahit baju.

(a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Rakyat diminta oleh baginda supaya
bersabar.
(c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
supaya beratur.
(d) Baju sedang dijahit olehnya.

Ayat Aktif
Ayat Pasif

1. Ali membaca buku itu.
2. Ibu memasak nasi lemak.
3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita.
4. Salmah memukul adiknya dengan kuat.
5. Yusof membawa kerusi patah.

Buku itu dibaca oleh Ali.
Nasi lemak dimasak oleh ibu.
Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.
Kerusi patah dibawa oleh Yusof















3 Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya.
            Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya.
2.         Dalam penulisan, tanda petik
            ("...") digunakan untuk cakap ajuk.
3.         Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya.
4.         Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.
5.         Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini.

Cakap Ajuk

Cakap Pindah

1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang dilaporkan semula sebagaimana asalnya dituturkan.
2. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan.
3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda pembuka kata dan diakhiri dengan tanda penutup kata  ( “ …….. “ )

1. Cakap Pindah ialah perkataan atau percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak sebagaimana yang dituturkan.
2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan perkataan-perkataan dalam ayat.
3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan perkataan sama.
  1. "Cuci baju kamu," kata ibu kepada Ani.
  2. Cikgu berkata, "Mengapa tidak hadir semalam, Hafizi?"
  3. "Datanglah ke rumah saya malam ini, Encik Azman," kata Encik Lim.
  4. “ Di manakah awak letakkan beg itu ? ” tanya Cikgu Azmi kepada Sunita.
  5. Kata nenek kepada Siti, “ Begini cara membuat kuih Bahulu.”
  6. Kata Hassan kepada Faizal , “ Ini buku awak. ”
  7. “ Ayam itu lapar,” kata Asmah.
  8. “ Berikan bola ini kepada Zainal Abidin,” kata Dollah Salleh.
  1. Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya.
  2. Cikgu bertanya kepada Hafizi sebab dia tidak hadir semalam.
  3. Encik Lim mempersilakan Encik Azman ke rumahnya pada malam nanti.
  4. Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di mana dia meletakkan beg itu.
  5. Nenek berkata kepada Siti bahawa begitu cara membuat Kuih Bahulu.
  6. Hassan menyatakan kepada Faizal bahawa itu buku dia.
  7. Asmah menyatakan bahawa ayam itu lapar.
  8. Dollah Salleh menyuruh agar bola itu diberikan kepada Zainal Abidin.
6.         Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara-perkara
            berikut perlu diubah atau diberi perhatian.
Cakap Ajuk
Cakap Pindah

saya, aku, hamba
beta
kami, kita
anda, awak, kamu, engkau
dia
beliau
mereka
ini
itu
sini
begini
demikian ini
sekarang
malam tadi
semalam
hari
ini
esok

dia, ia, nya, beliau
baginda
mereka
saya, dia, nya
dia
beliau
mereka
itu
itu
situ, sana, tempat itu
begitu
demikian itu
masa itu, ketika itu
malam semalamnya
semalamnya
hari itu
esoknya, keesokan harinya, hari itu
AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
            Subjek    =  Lelaki gemuk itu
            Predikat  =  sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
            B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
            C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  ( Ayat Majmuk )
PEMAJMUKAN
Kata Majmuk
1.         Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
2.         Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3.         Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
4.         Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masingmasing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.
5.         Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patch kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampirhampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.
6.         Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya
7.         Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
8.         Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.
9.         Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
10.        Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
11.        Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti
yang berikut:
(a) kata nama majmuk;
(b) kata bilangan majmuk;
(c) kata adjektif majmuk;
(d) kata kerja majmuk;
(e) kata sendi majmuk;
(f) kata keterangan majmuk;
(g) Kata hubung majmuk.
12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama. Contoh kata nama majmuk, antara yang lain-lain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.
14.        Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.
15.        Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan. Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
16.        Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.
17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.
18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
19 Kata hubung majmuk, antara yang lainlain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.
Tugasnya
20.        Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
            (a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.
air (kata nama) + mata (kata nama)
air mata (kata nama)
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif)
lemah lembut (kata adjektif)
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja)
mogok duduk (kata kerja)
dari (kata sendi) + pada (kata sendi)
daripada (kata sendi)
(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya)
apabila (kata nama)
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama)
alim utama (kata nama)
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama)
gulung tikar (kata kerja)
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama)
tumbuk rusuk (kata nama)
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif)
cerdik pandai (kata nama)
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja)
lalu lintas (kata nama)
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama)
banyak mulut (kata adjektif)
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif)
lambat laun (kata keterangan)
Maknanya
21.        Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:
(a) kata majmuk wajar; 
(b) kata majmuk kiasan
                       
22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya. Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.
23.        Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada katakata yang menjadi komponennya.
Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati.
Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
24.        Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.

adat istiadat
alih bahasa
bahasa pasar
bakul sampah
batang hidung
cakera padat
cantik jelita
daya cipta
dengki hati
emas putih
esok hari
gagah berani
galah canggah
rendah hati
sabun mandi
sihat akal

gunung api
hancurlebur
harga borong
hitam manis
ikan parang
inti sari
isi perut
juling air
kaca mata
kerak bumi
otak depan
olah raga
pagar duri
pindah tangan
rabun jauh
tahan lasak

kongsi gelap
lampu duduk
lipat ganda
lubang hidung
mabuk taut
merah jambu
minyak makan
naik takhta
nenek moyang
orang gaji
tuan rumah
udang galah
uji kaji
wang saku
warta berita
zat air
24.        Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.

akal kancil
anak angkat
anak baju
anak emas
anak kunci
batu loncatan
banyak mulut
buah mulut
bulan madu
cahaya mata
cakap angin
campur tangan
cekak musang
dapur susu
mata hari
naik darah
nyawa ikan
otak udang
tangan besi
timbang rasa

darah daging
datang bulan
daun pintu
emas kahwin
embun jantan
filem bisu
gaji buta
gantung kemudi
gatal mulut
gunung payung
habis akal
lalat hijau
lebar mulut
lemah semangat
lepas tangan
main angin
malam buta
sampai hati
tali barut
tanah air

hajat besar
harga diri
ibu ayam
isi hati
jalan bahasa
jauh hati
kaki tangan
karat hati
kata dua
kecil hati
kereta api
papas hati
panjang tangan
pasar gelap
patah hati
rendah hati
sagu hati
sakit hati
tumbuk rusuk