Penafian

PENAFIAN
Sebelum anda terus menyusuri laman blog ini, anda dikehendaki untuk membaca keseluruhan penafian bagi blog ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Sila rujuk pada baris-baris penafian di bawah :

  1. Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap semua komen yang diberikan di bahagian komen. Segala komen yang dibuat hendaklah bersopan serta tidak berbau politik serta serangan peribadi. Komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
  2. Semua gambar yang berada di dalam blog ini adalah hak milik Blog Cikgu Mael sendiri yang telah disumbangkan. Maka jika anda mahu menggunakan gambar dari blog ini anda hendaklah mendapatkan kebenaran dari pihak blog supaya tidak berlaku kecurian hak cipta terpelihara.
Sekian, terima kasih.

Saturday 12 May 2012

Sukatan BM - kssr

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul;
ii. mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul;
iii. mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat;
iv. mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat;
v. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;
vi. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi diksi, kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;
vii. bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; dan
viii. berbicara untuk menyampaikan maklumat tantang sesuatu perkara dengan tepat dengan menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.
1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap sesuatu arahan
secara lisan atau gerak laku dengan betul.
1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bertumpu.
1.3.3 Mendengar, memahami pesanan dan memberikan respons secara gerak laku yang betul.
1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.
1.4.1 Bertutur menggunakan diksi yang betul secara bertatasusila.
1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan dengan tepat bagi ahli keluarga asas dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan untuk melakukan sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal.
1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan betul menggunakan ayat tunggal.
1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.
1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat dengan tepat daripada pelbagai sumber
secara bertatasusila.
1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
1.6.3 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

Objektif Kemahiran Membaca
Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
i. membaca pelbagai perkataan, frasa, dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;
ii. membaca dan memahami perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul;
iii. membaca ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul;
iv. membaca dengan sebutan, intonasi dan jeda mengikut tanda baca dengan betul;
v. membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan untuk mengenal pasti idea utama dan membuat klasifikasi dengan betul;
vi. membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul dan memindahkan kepada bentuk bukan grafik; dan
vii. membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata dan menambah pengetahuan.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.
2.4.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dalam pelbagai bahan dengan tepat.
2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada pelbagai bahan bacaan untuk membuat klasifikasi dengan betul.
2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada pelbagai bahan.
2.5 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.
2.5.1 Membaca dan memahami maklumat dalam bahan grafik dengan betul.
2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul.
2.5.3 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat daripada bahan grafik kepada bentuk bukan grafik dengan betul.
2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.
2.6.1 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata.
2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk menambahkan pengetahuan.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS

Objektif Kemahiran Menulis

Objektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
i. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;
ii. menulis secara mekanis bentuk huruf dan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas;
iii. menulis perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul;
iv. menulis secara mekanis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas;
v. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
vi. menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan ejaan yang tepat;
vii. mencatat maklumat daripada pelbagai sumber dengan betul untuk diklasifikasikan;
viii. menulis untuk menyampaikan maklumat yang tepat menggunakan bahasa yang santun;
ix. menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara terkawal dengan betul; dan
x. mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan.


KEMAHIRAN MENULIS

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Asas menulis dengan cara yang betul.
3.1.1 Melakar pelbagai bentuk atau corak dengan kemas dan jelas.
3.1.2 Membentuk garisan yang menyerupai bentuk huruf dengan kemas dan jelas.
3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang
diberi dengan betul dan kemas.
3.2.1 Menulis dan membentuk huruf besar dan huruf kecil dengan cara yang betul serta tulisan yang kemas.
3.2.2 Menulis suku kata terbuka dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.
3.2.3 Menulis suku kata tertutup dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.
3.2.4 Menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong , vokal bergading, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas.
3.2.5 Menulis frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas.
3.2.6 Menulis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas.
3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul.
3.3.1 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan kemas
3.3.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul.
3.3.3 Membina dan menulis frasa dengan betul.
3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.
3.4 Menulis imlak dengan tepat.
3.4.1 Menulis imlak perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat.
3.4.2 Menulis imlak frasa yang mengandungi perkataan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat.
3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber.
3.5.1 Mencatat maklumat yang betul daripada pelbagai sumber.
3.5.2 Mencatat maklumat yang betul untuk diklasifikasikan daripada pelbagai sumber.
3.6 Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun.
3.6.1 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul berdasarkan bahan yang diberi dengan menggunakan bahasa yang santun.
3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang pelbagai dengan betul menggunakan bahasa yang santun.
3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul.
3.7.1 Menghasilkan penulisan berbentuk naratif secara terkawal dengan betul.
3.7.2 Menghasilkan penulisan naratif dan bukan naratif secara terkawal dengan betul.
3.8 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
3.8.1 Mengedit hasil penulisan daripada aspek ejaan.
3.8.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan.


STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN  ASPEK SENI BAHASA

Objektif Aspek Seni Bahasa

Objektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
i. menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur;
ii. mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur;
iii. mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara didik hibur; dan
iv. melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.

ASPEK SENI BAHASA

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
4.1.1 Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
4.1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.
4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur.
4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui penceritaan secara didik hibur.
4.2.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.
4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur.
4.3.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.
4.4.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur.
4.4.2 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul serta memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN  ASPEK TATABAHASA

Objektif Aspek Tatabahasa

Objektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
i. memahami dan menggunakan kata nama am, nama khas, kata ganti nama diri pertama dan kedua serta kata kerja dengan betul;
ii. memahami dan menggunakan kata adjektif warna dan kata hubung dengan betul;
iii. memahami dan menggunakan kata tanya merujuk manusia dan benda dengan betul;
iv. menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul; dan
v. memahami dan membina ayat dasar dengan pola FN + FN , dan FN + FK dengan betul.

ASPEK TATABAHASA

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am yang mudah dengan betul mengikut konteks.
5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama khas yang mudah dengan betul mengikut konteks.
5.1.3 Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua dalam pelbagai konteks dengan betul.
5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja dengan betul mengikut konteks.
5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif warna dengan betul mengikut konteks.
5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung yang mudah dengan betul mengikut konteks.
5.1.7 Memahami dan menggunakan kata tanya merujuk manusia dan benda dengan betul.
5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul.
5.2.1 Memahami dan menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul dalam pelbagai konteks.
5.3 Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi.
5.3.1 Memahami dan membina ayat dasar menggunakan pola ayat FN + FN, FN + FK dengan betul dalam pelbagai situasi.

No comments:

Post a Comment