Penafian

PENAFIAN
Sebelum anda terus menyusuri laman blog ini, anda dikehendaki untuk membaca keseluruhan penafian bagi blog ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Sila rujuk pada baris-baris penafian di bawah :

  1. Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap semua komen yang diberikan di bahagian komen. Segala komen yang dibuat hendaklah bersopan serta tidak berbau politik serta serangan peribadi. Komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
  2. Semua gambar yang berada di dalam blog ini adalah hak milik Blog Cikgu Mael sendiri yang telah disumbangkan. Maka jika anda mahu menggunakan gambar dari blog ini anda hendaklah mendapatkan kebenaran dari pihak blog supaya tidak berlaku kecurian hak cipta terpelihara.
Sekian, terima kasih.

Thursday 26 April 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5


 Mata Pelajaran            : Bahasa Melayu

Tahun                            : 5 Kenari

Tarikh                            : 23 April 2012 ( Isnin )

Masa                           : 30 Minit  (9.15 – 9.45 pagi)

Bilangan Murid            : 25 Orang

Tajuk                           : Aku Sebiji Bola (Autobiografi)

Objektif                       : Pada akhir pelajaran, murid dapat;

                                                       i.        Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai bahan bacaan.
                                                      ii.        Mengelaskan maklumat berdasarkan sesuatu topik yang dibincangkan.
                                                     iii.        Membaca petikan secara lancar dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Hasil Pembelajaran

Fokus Utama:
6.3  Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

Aras : 1      i)  Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai bahan bacaan.

Fokus Sampingan:
3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul, dan laras bahasa yang sesuai.

Aras : 1      i) Mengelaskan maklumat berdasarkan sesuatu topik yang dibincangkan.
ii) Menyampaikan maklumat yang bernas dengan jelas dan tersusun.

SISTEM BAHASA

Tatabahasa : Perkataan Berimbuhan
Kosa Kata : Bertompok-tompok, diproses, dieksport.
Sebutan dan Intonasi : Pantun

PENGISIAN KURIKULUM

      i.        Ilmu : Sains
     ii.       Nilai Murni       : Hemah tinggi, menghargai alam sekitar.
    iii.       Kemahiran Nilai Tambah

-Kemahiran Berfikir: Mengelaskan, mengenal pasti idea utama dan idea sokongan.
-Kecerdasan Pelbagai: Pendidikan Jasmani.

PENGETAHUAN SEDIA ADA
Pernah dan tahu
     i.             Mengenal pasti kata kerja.
    ii.             Mengeja dan membaca.
   iii.           Mengenali jenis-jenis bola
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran
Catatan


Set Induksi
( 3 Minit)

i.  Pantun dua kerat

·     Murid diperdengarkan pantun dua kerat yang dibaca oleh guru.
· Guru menjelaskan kaitan pantun tersebut dengar pengajaran yang akan di jalankan pada hari tersebut.


BBM :
Pantun Dua Kerat
.




Langkah 1
( 7 Minit)

Petikan cerita
Aku Sebiji Bola    




·  Guru mengedarkan petikan cerita kepada murid.

·  Guru meminta murid membaca secara imbasan dan memahaminya.

·   Murid diminta cuba melakukan perkara yang telah di ajar oleh guru.

BBM :
Teks cerita
.
KB :
Mengumpul maklumat
KP :
Verbal Linguistik







Langkah 2
( 7 Minit)
Kad arahan :

.1   mencari kata nama khas dalam petikan
2.       menyimpan maklumat berdasarkan teks yang di sediakan.

·  Murid membaca petikan dengan kuat mengikut nada dan intonasi yang betul

·  Murid secara berkumpulan dikehendaki mencari isi-isi utama dalam teks.
(Guru membuat pemantauan dan memberi tunjuk ajar)
· Murid  dikehendaki menyenaraikan isi-isi utama .

KBKK

BBM :
Teks cerita
KB :
Mengumpul maklumat
Nilai :
Kerjasama.

Langkah 3
( 8 minit)


Arahan :
Senaraikan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam cerita
“Aku Sebiji Bola”

·   Guru meminta setiap kumpulan mencari perkataan berimbuhan dan mengelaskan kata kerja yang terdapat didalam cerita “Aku Sebiji Bola”.
·  Setiap kumpulan di minta untuk membentangkan hasil kerja mereka.
· Wakil setiap kumpulan diminta membaca kuat perkataan berimbuhan yang di jumpai dalam cerita.
·  Guru membetulkan pelajar jika terdapat perkataan yang bukan merupakan perkataan berimbuhan..




KP :
Verbal Linguistik

Nilai murni:
Hemah tinggi
Kerjasama



penutup
( 5 Minit)

Penutup kognitif :
Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi?

·  Murid diminta menyatakan perkara-perkara yang telah dipelajari.

·  Murid dikehendaki menyatakan apakah tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri.

· Kerja rumah : Guru memberi lembaran kerja.

Nilai Murni :
Menjaga kebersihan diri.
Menjaga kesihatan diri.
Mengamalkan gaya hidup sihat.










BAHAN BANTU MENGAJAR
-Petikan cerita
-Buku Teks Tahun 5
-Lembaran kerja

No comments:

Post a Comment